Asas Komputer Dan E-Learning (Kahoot ICT)

8 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas komputer dan E-Learning iaitu permainan atas talian di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini berlangsung selama 3 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang serta menambahkan ilmu pengetahuan dalam mengenali asas komputer. Para perserta juga bermain permainan Kahoot ICT dan Kahoot Advokasi ini di dalam kumpulan. Tujuan permaianan dalam kumpulan ini ialah memupuk sikap kerjasama antara kumpulan dalam menjawab soalan Advokasi dan ICT serta memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali